Friday, April 29, 2011

Kampung Bunga, Kuala Besut

Urusan kerja membawa aku ke Kampung Bunga, sebuah kampung kecil yang terletak di pantai Kuala Besut. Penduduknya ramah tetapi sayang, foto tidak dapat diabadikan kerana requirement kerja n mendatangkan konfius kepada penduduk kampung. Rata2 penduduknya adalah nelayan. Pemandangan laut sungguh indah, biru gelap kerana berlawan (gocoh) dengan cahaya matahari. Aku tak sanggup ambik gambar coz mata pun dah berair kerana terik matahari. Rata2 mereka bertutur dalam loghat Kelantan menjadikan perbualan aku dengan mereka seperti ayam dengan itik..huhu..

Selesai kerja singgah di sebuah warung kecil makan bubur kacang dengan air cincau..kelainannya, bubur kacang dicampur pulut, sungguh sedap dan harganya RM1.50 saja!

Selesai makan, aku berjalan ke kereta, tetiba dikejar oleh seorang makcik..tokojut aku! Rupa2 nya nak mintak duit RM2, nak makan nasik katanya. Aku hulur 2 hinggit n cepat2 masuk dalam kereta. Aku lihat kat tangan dia ada wokok Dunhill da...wokok bleh plak beli..huhu

Perjalanan balik ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai, menyaksikan pemandangan pantai dan rhu sungguh menenangkan. Tak sedar sampai ke Penarik n singgah makan ikan celup tepung n air nyiur (kelapa)..nyum2 harga berbaloi2...

No comments:

Post a Comment